Rusia dakwa Ukraine tembak jatuh pesawat bawa tahanan perang

- Advertisement -

MOSCOW – Pesawat Il-76 yang membawa tahanan perang Ukraine ditembak jatuh oleh pihak Kyiv pada sekitar pukul 11:15 waktu Moscow (08:15 GMT), dakwa Moscow pada Rabu.

Menurut Sputnik, Kementerian Pertahanan Rusia awal pada hari itu mengatakan bahawa sebuah pesawat angkut Il-76 dari angkatan udara Rusia dengan 65 warga Ukraine yang dalam perjalanan untuk pertukaran tahanan perang, serta enam anak kapal dan tiga pengiring, terhempas di wilayah Belgorod.

Kemudian, Vyacheslav Gladkov, ketua wilayah itu, mengatakan bahawa semua orang di dalam pesawat angkut yang terhempas itu terbunuh.

“Hari ini pada pukul 11:15 pagi, rejim Kyiv melakukan tindakan terorisme, yang menyebabkan sebuah pesawat angkut tentera Rusia ditembak jatuh, semasa dalam penerbangan ke lapangan terbang Belgorod membawa anggota tentera Ukraine untuk pertukaran,” kata kementerian dalam satu kenyataan.

Pesawat itu dimusnahkankan oleh angkatan bersenjata Ukraine dari Wilayah Kharkiv dengan sistem peluru berpandu anti-pesawat, kata kenyataan itu, dan menambah kata bahwa peralatan radar dari pasukan aerospace Rusia mencatat pelancaran dua peluru berpandu Ukraine.

“Anak kapal dan semua penumpang pesawat itu terbunuh. Kepemimpinan Ukraine mengetahui bahawa, menurut amalan sedia ada, hari ini anggota tentera Ukraine akan diangkut dengan pesawat angkut tentera ke lapangan terbang Belgorod untuk pertukaran,” kata pernyataan itu.

Menurut kesepakatan yang telah dicapai sebelumnya, pertukaran ini seharusnya berlangsung pada tengah hari di pos pemeriksaan Kolotilovka di sempadan Rusia-Ukraine.

“Rezim Kyiv mengambil langkah ini dengan tujuan menyalahkan Rusia atas kehancuran tentera Ukraine,” kata kementerian itu. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat