‘Mai Singgah Alor Setar’ tarik pelancong dalam dan luar negara

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

ALOR SETAR – Sektor pelancongan di Bandaraya Alor Setar kini menjadi tumpuan utama Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) untuk memacu pertumbuhan ekonomi disamping merancakkan aktiviti sosial masyarakat.

Bagi menggerakkan usaha tersebut, MBAS telah mengadakan kempen ‘Mai Singgah Alor Setar 2024’ sempena ulang tahun bandaraya itu ke- 20 yang telah disambut pada 28 November lalu.

MBAS telah merangka pelbagai program hingga Disember ini bagi menarik lebih ramai pengunjung dan pelancong dalam dan luar untuk singgah ke sini.

Demikian menurut Pengarah Jabatan Korporat dan Strategik MBAS, Bohari Md Yusoff, ketika ditemui Wartawan SUARA. TV, di sini.

Menurut Bohari, selain pelan tindakan untuk mewujudkan ‘Smart City’ dan merancang agenda ‘Low Carbon City’ sebagai intipati utama yang bergerak seiring dengan kempen ini.

“Pada 15 Ogos lalu , hashtag #maisinggahalorsetar2024 telah dilancarkan oleh oleh Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Hj Muhammad Sanusi Md Nor di UTC, di sini.

Hashtag tersebut digunakan bagi menggalakkan orang ramai berkunjung serta bertujuan mempromosikan gambar atau video menarik di bandaraya ini melalui platform media sosial.

MBAS turut melancarkan logo ‘Mai Singgah Alor Setar 2024’ pada 22 September lalu oleh Exco Kepenggunaan & Kos Sara Hidup, Belia dan Sukan, Hj Muhamad Radhi Mat Din di Raia Hotel & Convention Centre, di sini, ”katanya.

“Logo ‘Mai Singgah Alor Setar 2024‘ berlatarkan warna hijau, kuning dan merah dipilih sebagai tema secara rasminya akan digunakan bagi mempromosikan sektor pelancongan, berkonsepkan pemandangan Bandaraya Alor Setar yang dikelilingi sawah padi menghijau.

Selain itu menjadi satu keunikan sebagai tempat kunjungan orang ramai seterusnya dapat menaik dan meningkatkan lagi aktiviti pelancongan,”katanya lagi.

Sementalah itu, Datuk Bandar Alor Setar, Dato’ Hj Mohd Yusri Md Daud berkata logo ini akan digunakan kelak mampu mempromosikan sektor pelancongan lebih ‘Vibrant’ dan mewujudkan sebuah bandaraya yang lebih maju.

Beliau turut mengalu-alukan
mana-mana penganjur yang berminat untuk menganjurkan program di sini bagi menarik lebih ramai pengunjung untuk datang ke bandar raya ini.

MBAS turut melancarkan kempen ‘Mai Singgah Alor Setar 2024’ pada 27 Disember lalu di Perkarangan Stadium Darul Aman disempurnakan oleh Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan, Mejar (B) Mansor Zakaria.

Dalam pada itu, penyerahan ‘Magnet Sticker’ oleh Dato’ Mohd Yusri kepada pengusaha-pengusaha teksi telah laksanakan pada 21 Januari lalu di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim sebagai usaha mempromosikan ‘Mai Singgah Alor Setar 2024’ untuk menarik lebih ramai pelancong dari dalam dan luar negara.

Orang ramai yang ingin mendengar lagu tema ‘Mai Singgah Alor Setar 2024’ boleh ditonton dan dimuat turun di saluran youtube MBAS Tv serta keterangan lanjut di laman sesawang https://pbt.kedah.gov.my/index.php/mai-singgah-alor-setar-mbas/
-SUARA TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat