UMNO tidak tunduk, dibuli atau dibeli – Ahmad Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempertahankan bahawa UMNO bukan parti tidak sedar diri.

Malah beliau menegaskan, UMNO bukan parti lemah. UMNO tahu apa yang sepatutnya UMNO tahu.

“UMNO tahu suatu ketika ia pernah tewas angkara fitnah dan pembohongan.

“UMNO cekal pada kebenaran. UMNO terus menegakkan kebenaran. Dan kebenaran itu lebih berhak untuk diikuti,” kata Ahli Parlimen Bagan Datuk itu.

Justeru Ahmad Zahid bertegas, dengan itu juga UMNO sama sekali tidak ‘surrender’. UMNO tidak tunduk, dibuli atau dibeli.

“UMNO berusaha bangkit dan InsyaAllah kebangkitan UMNO sedang berlaku.

“UMNO bangkit dalam diam penuh hikmah. UMNO bangkit tanpa melukut ditepi gantang,” ujar beliau.

Katanya, mutakhir ini UMNO bertawakal kepada Tuhan.

“UMNO tahu apa yang patut dilakukan. Pisang tidak berbuah dua kali.

“UMNO tetap mara. Dengan izinNya lambang kita yang gagah akan terus dipandang mulia dan indah,” tegas beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat