Bunuh Diri: Lelaki Ditemukan Maut Di Bilik Hotel

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 35 tahun ditemui mati dipercayai bunuh diri, dalam sebuah bilik hotel di Jalan Kuchai Lama, di sini, semalam.

Polis menerima laporan daripada pihak pengurusan hotel pada jam 6.30 petang Sabtu.
Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Anuar Omar berkata, kejadian disedari oleh seorang lelaki berusia 29 tahun yang menginap di hotel itu.

Menurutnya, saksi memaklumkan kejadian kepada pihak hotel sebelum menghubungi talian kecemasan.

Anuar berkata, pemeriksaan pada badan lelaki itu tidak menemui sebarang unsur jenayah.

Beliau berkata, semakan dilakukan mendapati lelaki terbabit mendaftar masuk pada jam 10.01 pagi 21 Jan lalu dan merupakan pelanggan tetap hotel berkenaan.

Katanya, mayat dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.

Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut – Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat