Umno terima hakikat pengundi kesamping politik khidmat bakti kerana mainan persepsi – Khaled

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Umno mengakui banyak persepsi yang dimainkan memberi kesan kepada keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan parti menerima hakikat pengundi mengesampingkan politik khidmat bakti yang diusahakan oleh Umno di setiap kawasan.

Pun begitu Naib Presiden Umno, Datuk Seri Khaled Nordin berkata, namun ia sama sekali tidak melemahkan parti dan Umno akan terus ikhlas memperjuangkan kepentingan agama, bangsa dan tanah air.

Beliau berkata demikian selepas sesi post mortem PRU15 serta menerangkan keadaan semasa parti ketika ini ketika pertemuan dengan jentera di Pasir Gudang.

“Saya juga menerangkan garis masa dan peristiwa penting sehingga terbentuknya Kerajaan Perpaduan yang memperakui kedudukan Barisan Nasional (BN)- Umno yang kini dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

“Saya percaya, walau apa jua keadannya Umno terbuka untuk meneroka kerjasama yang memberi kepentingan kepada kesejahteraan rakyat dan menjamin kestabilan politik demi negara,”kata Khaled yang juga Menteri Pendidikan Tinggi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat