Daging Haram, Tarik Balik Jualan Segera Dari Pasaran – Razlan

- Advertisement -

CYBERJAYA: Ahli Majlis Tertinggi UMNO (MT), Datuk Razlan Rafii menggesa kerajaan menarik balik segera jualan daging yang tidak halal tetapi menjualnya sebagai daging halal di pasaran tempatan sejak 40 tahun lalu.

Tegasnya, sehingga hari ini beliau langsung tidak mendengar Penguatkuasa menarik balik jualan daging di pasaran.

“Daging haram! saya tak dengar lagi Penguatkuasa menarik balik jualan di pasaran,

“Walaupun isu ini besar dan telah dihebohkan, ada kartel yang bersekongkol dengan pihak atasan,” katanya.

Tegasnya lagi, kegiatan kartel yang bersekongkol dengan pihak atasan sehingga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ewhal Pengguna (KPDNHEP) serta Majlis Agama Islam tidak aktif balik jualan daging ini perlu disiasat.

Razlan juga menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar menyiasat kegiatan kartel dan pihak atasan yang bersekongkol dengan kegiatan perjualan daging haram di pasaran semenjak berpuluh-puluh tahun lamanya.

Semalam, Berita Harian melaporkan kartel berkenaan menubuhkan syarikat proksi di negara ini dan dinamakan dengan nama berunsur Islamik dan kemelayuan yang boleh meraih keyakinan pengguna Islam.

Difahamkan, modal perniagaan setiap syarikat terbabit antara RM200,000 hingga RM300,000. 

Kegiatan syarikat dinyatakan dalam pendaftaran dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pula adalah mengimport bekalan daging, namun ada juga kegiatan yang dinyatakan langsung tiada kaitan dengan industri berkenaan. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat