BKOA Utamakan ‘Pancing’ berbanding ‘Ikan’ Untuk Bantu Orang Asli

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Badan Kebajikan Orang Asli Islam Semenanjung Malaysia (BKOA) menyasarkan untuk bekerjasama dengan lebih banyak usahawan atau syarikat, bagi membantu komuniti Orang Asli mendapatkan ‘pancing’ atau sumber pendapatan berbanding ‘ikan’ atau derma seperti sebelum ini.

Yang Dipertuanya Senator Datuk Isa Abdul Hamid berkata, setakat ini sebanyak tujuh syarikat telah tampil bekerjasama dengan badan bukan kerajaan itu, untuk memasarkan produk mereka menerusi kempen membeli sambil menderma, bagi mengisi tabung bantuan COVID-19 masyarakat Orang Asli.

“Menerusi kerjasama ini, kita memasarkan barangan seperti pelitup muka pakai buang, pelitup muka boleh guna semula, cecair pembasmi kuman serta cecair pencuci tangan melalui laman web https://bkoa.org.my/ dengan semua hasil keuntungan disalurkan sepenuhnya kepada BKOA.

“Inisiatif ini dilakukan bagi membantu kerajaan meningkatkan sistem penyampaian kepada komuniti Orang Asli, dengan NGO bertindak sebagai platfom kedua sekali gus menjadikannya lebih dinamik, tidak lagi meminta ikan tetapi meminta pancing untuk ‘mengena’ lebih banyak jaringan untuk golongan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa majlis pelancaran sumbangan dana COVID-19 kepada Orang Asli di Parlimen hari ini, yang disempurnakan oleh Presiden Majlis Senator Malaysia Datuk Seri Khairudin ES Abd Samad.

Menurutnya selain barangan itu, laman web berkenaan juga bakal memasarkan hasil hutan, kraf dan hasil tangan Orang Asli seperti madu kelulut, kayu gaharu dan tongkat ali, dalam usaha melahirkan lebih ramai usahawan di kalangan komuniti itu.

Untuk perancangan jangka masa panjang pula, katanya BKOA akan mengadakan kerjasama dengan syarikat dari negara luar, khususnya China dan Asia Barat untuk memasarkan produk berkenaan ke luar negara, bagi memperluaskan lagi jaringan pasaran produk itu.

– BERNAMA

author avatar
Nur'ain Musa
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat