Polis adakan sekatan jalan raya

- Advertisement -

CYBERJAYA: Pihak polis melancarkan sekatan jalan raya (SJR) di lokasi-lokasi strategik di setiap daerah di seluruh negara bermula semalam sehingga satu tarikh ditetapkan bagi menjamin tahap keselamatan dan ketenteraman awam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pelaksanaan SJR itu adalah sebahagian daripada usaha PDRM untuk mencegah jenayah melalui peningkatan tahap omnipresence atau kehadiran anggota polis dan akan dijalankan secara penugasan 24 jam.

“Demi keselesaan pengguna jalan raya dan kelancaran lalu lintas, tiada halangan SJR akan dijalankan pada waktu puncak dan waktu siang.

“Orang ramai diminta memberikan kerjasama dalam mematuhi arahan yang diberikan ketika melalui SJR terutamanya di luar waktu puncak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Acryl Sani berkata masyarakat tidak perlu bimbang untuk menjalankan aktiviti harian dan PDRM memberi jaminan bahawa tahap keselamatan adalah terkawal.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat