Taylor Swift, Justin Bieber, The Weeknd ungguli AMA2020

- Advertisement -

Los Angeles: Penyanyi Taylor Swift, Justin Bieber, dan The Weeknd unggul di American Music Awards 2020 (AMA2020) apabila masing-masing memenangi tiga trofi yang berlangsung di Microsoft Theater, Los Angeles, hari ini.

Swift, 30, menang bagi kategori Artis Terbaik, Muzik Video Kegemaran menerusi lagu Cardigan dan Artis Wanita Pop/Rock Kesukaan.

Bieber, 26, membawa pulang trofi Artis Lelaki Pop/Rock Kegemaran, Kolaborasi Terbaik dan Lagu Country Kegemaran menerusi 10,000 Hours bersama Dan + Shay.

Sementara, The Weeknd, 30, yang hadir dengan wajahnya berbalut memenangi kategori Artis Lelaki Soul/R&B Kegemaran, Album Soul/R&B Kegemaran, dan Lagu Soul/R&B Kegemaran menerusi Heartless.

Artis Baharu Terbaik pula dimenangi Doja Cat yang turut membawa pulang trofi Artis Wanita Soul/R&B Kegemaran. Kumpulan BTS dari Korea Selatan pula menang Artis Sosial Kegemaran serta Duo/Berkumpulan Pop/Rock Kegemaran.

AMA2020 dihoskan pelakon Taraji P Henson dalam penganjuran yang mematuhi garis panduan pandemik Covid-19 ditetapkan. Tahun ini, pencalonan didominasi The Weeknd dan Roddy Rich, masing-masing dengan lapan kategori.

Antara yang membuat persembahan adalah Billie Eilish, Shawn Mendes, Justin Bieber, Katy Perry, Jennifer Lopez and Maluma, the Weeknd with Kenny G, BTS, Megan Thee Stallion, Dua Lipa, Dan + Shay, dan ramai lagi.

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat