Joe Biden Dijangka Umum Barisan Kabinet Pada Selasa

- Advertisement -

WASHINGTON: Bakal Presiden Amerika Syarikat Joe Biden dijangka umum barisan Kabinet baharunya pada Selasa.

Pasukan pengurusan Biden turut umum beliau mahu mengecilkan majlis pelantikan rasminya susulan pandemik COVID-19.

Biden meneruskan proses pembentukan pasukan pentadbirannya biarpun Donald Trump masih belum mengaku kalah dalam pilihan raya.

Sejak Biden diisytihar pemenang pilihan raya presiden, Trump melancarkan saman sivil untuk mencabar keputusan itu.

Keengganan Trump menerima keputusan akan melambatkan proses peralihan kuasa kepada Biden.

Manakala tanpa proses peralihan rasmi, Biro Penyiasatan Persekutuan, FBI tidak boleh melaksanakan pemeriksaan latar belakang ke atas barisan Kabinet.

Biden dijangka angkat sumpah rasmi pada 20 Januari – Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat