RUU Mufti Wilayah: Dr Maza sahkan kehadiran ke Keluar Sekejap, yakin Menteri Agama juga hadir

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Dr Maza) mengesahkan kehadirannya menjadi tetamu audio siar Keluar Sekejap yang dijadual pada Isnin depan bagi membincangkan Rang Undang-Undang (RUU) Mufti Wilayah Persekutuan 2024.

Surat jemputan Keluar Sekejap itu diutuskan oleh Pengasas Bersama/ Hos Audio Siar berkenaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Susulan itu Dr Maza berkata, beliau juga percaya Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Nai’m Mokhtar akan turut serta bagi membincangkan isu berkaitan RUU Mufti Wilayah Persekutuan 2024.

“Insya-Allah saya hadir. Saya percaya YB Menteri Agama juga tentu hadir,” katanya dalam satu kenyataan di media sosialnya yang turut memuat naik surat jemputan itu.

Mufti Perlis itu diundang sebagai tetamu program audio siar berkenaan bagi membincangkan isu-isu semasa khususnya berkaitan dengan penggubalan RUU Mufti Wilayah Persekutuan 2024 yang dijadualkan dibentang di Dewan Rakyat tidak lama lagi.

Boleh dikatakan beliau itu yang merupakan pengkritik paling keras dan lantang RUU itu bakal digandingkan dengan Mohd Na’im dalam episod terbabit bagi memberikan perspektif lebih luas dan mendalam.

 

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat