Siapa anda mahu halang laung Allahuakbar? – Dr Akmal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh mengecam badan bukan kerajaan (NGO) yang didakwa menghalang peserta perhimpunan ‘Freedom For Palestine’ daripada melaungkan Allahuakbar.

Beliau secara sinis mencadangkan NGO itu hanya mengadakan perhimpunan di pejabat mereka dan hanya disertai ahli badan itu sahaja.

“Kalau nak bertakbir pun tak boleh, saya cadangkan penganjur himpunan untuk rakyat Palestin ini buat himpunan di pejabat NGO mereka sendiri dan sesama mereka sahaja.

“Ini negara Malaysia, Islam adalah agama Persekutuan.

“Maka siapa anda mahu menghalang takbir dilaungkan,” kritik Dr Akmal.

Majoriti peserta himpunan meluahkan rasa kecewa apabila penganjur Perhimpunan ‘Freedom For Palestine’ yang berlangsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur semalam didakwa melarang pesertanya daripada melaungkan Allahuakbar.

Penganjur dikatakan turut merampas sepanduk yang memaparkan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sebagai syaitan.

Dalam perkembangan lain, Exco Melaka itu juga menyuarakan hasrat agar Pemuda Umno dapat menghantar pasukan perubatan membantu merawat rakyat Palestin tidak lama lagi.

“Moga ada sinar untuk team perubatan Pemuda Umno Malaysia ke bumi Gaza dalam tempoh terdekat ini.

“Kepada Allah kami berserah,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat