White House Ucap Takziah Insiden Tertembak Kru Di Set, Baldwin Masih Disiasat

- Advertisement -

WASHINGTON: White House menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga kru filem yang meninggal dunia selepas insiden ditembak bintang filem Alec Baldwin di set pengambaran menggunakan pistol prop.

White House menerusi setiausaha akhbarnya Jen Psaki, menyampaikan ucapan takziah bagi tragedi berkenaan yang turut mencederakan pengarah filem di set tersebut.

Bagaimanapun pihak berkuasa masih lagi menyiasat kejadian tembakan itu yang berlaku ketika pengambaran filem Rust.

Jurukamera Halyna Hutchins, meninggal dunia di lokasi ketika pengambaran dijalankan di pinggiran Santa Fe, Amerika Syarikat.

Jurucakap Baldwin bagaimanapun berkata pistol prop itu telah tersalah tembak ketika kejadian.

Sheriff County Santa berkata bahawa pihak berkuasa sedang menyiasat jenis peluru yang dilepaskan dan bagaimana insiden berkenaan boleh berlaku.

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat