Jangan Tahu Ambil Gaji Sahaja, Sindir Najib Kepada Warisan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Dato Seri Mohd Najib bin Tun Abd Razak, mengecam pemimpin-pemimpin parti Warisan yang terus mendiamkan diri berhubung peningkatan kes Covid-19 di Sabah selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) pada September lepas.

Didalam catatan facebooknya sebentar tadi, Najib memberitahu bahawa facebook Yb Ketapi sudah di nyahaktifkan, manakala facebook Presiden Warisan, Dato Seri Shafie Afdal, hanya membuat empat (4) posting selepas PRN diadakan iaitu tulis untuk ucap terima kasih kepada pengundi, satu ucap “Happy Mooncake festival”, satu ucapan takziah  kepada VK Liew dan satu untuk video untuk mempromosikan diri.

“Warisan juga pernah memberitahu penduduk di sana bahawa Covid di Sabah adalah wayang,

“kedua-dua tak pernah sebut perkataan “Covid” sejak PRN, dan mereka ini adalah pemimpin komuniti dari empat daerah ini,” kata Najib.

Dalam pada itu, Najib mengesa pemimpin-pemimpin ini bekerjasama dengan kerajaan untuk bantu usaha mendidik penduduk tempatan dan membendung Covid di sana.

“Jangan tahu membisu sahaja sambil mengutip gaji Ahli Parlimen dan ADUN,” sindirnya. –SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat