Syarikat penerbangan Saudi antara tiga syarikat pernerbangan teratas dunia yang paling tepat masa.

- Advertisement -

SAUDIA  (Syarikat Penerbangan Arab Saudi) telah berjaya memperoleh pencapaian penting dengan menduduki tempat ketiga dalam “Laporan Bulanan Prestasi Tepat Masa – Syarikat Penerbangan” terbaru yang diterbitkan oleh Cirium, peneraju industri dalam analitik penerbangan.

Dalam dunia penerbangan iaitu syarikat penerbangan sentiasa bersaing untuk menepati masa, pencapaian SAUDIA adalah bukti kukuh kepada komitmennya terhadap ketepatan masa dan perkhidmatan cemerlang untuk semua penumpang.

Mendapat penarafan Prestasi Tepat Masa (OTP) yang tinggi sebanyak 83.76%, ini meletakkan mereka dalam tiga syarikat penerbangan teratas di seluruh dunia kerana paling menepati masa.

“Laporan Prestasi Tepat Masa Julai 2023 – Syarikat Penerbangan,” oleh Cirium Walaupun Syarikat Penerbangan LATAM dan SA AVIANCA memperoleh dua tempat teratas dengan masing-masing pada 85.30% dan 84.67%, pencapaian SAUDIA tidak ketinggalan dengan kadar OTP yang mengekori rapat kurang daripada 2%.

Kejayaan terbaru SAUDIA di pentas dunia iaitu sebagai salah satu Syarikat penerbangan yang paling tepat masa di dunia hanyalah permulaan, dengan rancangan untuk terus menerajui rantau ini dan seterusnya sebagai syarikat yang mengagumkan dalam bidang penerbangan.

“Laporan Prestasi Tepat Masa Julai 2023 – Syarikat Penerbangan,” oleh Cirium. Di Timur Tengah dan Afrika, SAUDIA terus menyerlah kerana ketepatan masanya dengan kadar OTP sebanyak 83.76%, menduduki tempat kelima di rantau ini.

Walaupun nama yang lebih besar dalam industri menduduki tempat yang lebih tinggi dalam senarai, komitmen mendalam SAUDIA untuk membawa penumpang ke destinasi mereka dengan selamat dan menepati masa tidak pernah goyah.

Kejayaan SAUDIA dalam industri penerbangan mengajak para pengembara untuk mengalami perjalanan yang tepat masanya dan menerima perkhidmatan cemerlang.

Dengan pengiktirafan mereka yang terus meningkat, SAUDIA berjanji untuk terus mewakili Arab Saudi sebagai duta menepati masa dalam dunia penerbangan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat