Ahli Parlimen PAS Teguh Di Belakang Muhyiddin, Tiada Yang Sokong Anwar – Abdul Hadi

- Advertisement -

KOTA KINABALU – 18 Ahli Parlimen PAS menegaskan sokongan penuh kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri yang sah menurut Perlembagaan Persekutuan, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Jelasnya, PAS akan terus memperteguhkan setiakawan dalam Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN).

Selain itu, Abdul Hadi memberitahu PAS mengajak seluruh rakyat untuk bersatu hati mendukung usaha kerajaan PN menangani wabak Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara secara bersama.

Terdahulu, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan tiada seorang pun wakil rakyatnya menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengumumkan kononnya beliau mendapat majoriti kukuh dan meyakinkan bagi membentuk kerajaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,574FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat