Persaraan Hajiji akan jejaskan GRS– Salleh Said Keruak

KOTA KINABALU – Kenyataan mengejutkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang adalah kali terakhir beliau terlibat dalam politik, menimbulkan persoalan besar mengenai masa depan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Salleh Said Keruak, dalam catatan di media sosialnya berkata, meskipun beliau berada di luar wadah politik Hajiji, isu itu wajar diberi perhatian kerana menyentuh survival parti-parti tempatan di Sabah.

Menurut Salleh, sejarah politik Sabah membuktikan bahawa banyak parti tempatan hanya kukuh selagi tokoh pengasasnya masih memimpin, namun mula goyah sebaik pengasas berundur. “Persoalan kini: siapakah pelapis dalam PGRS yang mampu mengambil alih dan bagaimana kepimpinan baharu itu akan mengemudi parti?” katanya.

Beliau menegaskan, kekuatan parti politik tidak boleh hanya bergantung kepada seorang individu. Sebaliknya, ia harus dibina atas struktur organisasi yang kukuh serta kewibawaan barisan kepimpinan pelapis.

Salleh turut membandingkan dengan Barisan Nasional (BN) yang berjaya melalui beberapa siri peralihan kepimpinan sejak merdeka tetapi kekal bertahan kerana mempunyai rangka organisasi mantap dan jaringan sokongan yang luas.

“Ini cabaran sebenar bagi parti-parti tempatan di Sabah. Tanpa struktur yang tersusun, parti akan mudah terdedah kepada krisis apabila pemimpin utamanya berundur,” ujar beliau.

Pengumuman Hajiji sekali gus membuka ruang perdebatan sama ada GRS dapat mengekalkan momentum politiknya pasca era Hajiji, atau berdepan risiko menjadi satu lagi parti tempatan yang lemah selepas kehilangan pengasas. -Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat