Fahmi Fadzil Nafi Arah Sekat Konten Isu Zara Qairina, Lapor Polis Terhadap Fitnah

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kononnya beliau mengarahkan pegawai untuk memantau dan menyekat kandungan media sosial berkaitan kes kematian Zara Qairina.

Dakwaan tersebut timbul menerusi satu hantaran Facebook oleh pemilik akaun “Datu Bentan Alamin”, namun Fahmi menegaskan kenyataan itu adalah fitnah.

Beliau menjelaskan, beliau tidak pernah sama sekali mengeluarkan sebarang arahan seperti yang didakwa.

“Saya ingin menegaskan bahawa hantaran yang dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook Datu Bentan Alamin adalah fitnah. Saya tidak pernah sama sekali mengeluarkan kenyataan mahupun arahan seperti yang didakwa,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.


Menurut Fahmi, laporan polis dan aduan kepada MCMC telah dibuat terhadap pemilik akaun tersebut.

Beliau turut menyeru semua pihak menghentikan penyebaran fitnah dan tidak menunggang isu kes Zara Qairina demi kepentingan peribadi.

‘Saya sudah terlalu tua, mahu segera bersihkan nama daripada fitnah Anwar’ – Tun M

Pemfitnah Tabung Haji digesa segera bertaubat, mohon maaf – Timbalan Menteri Agama

Sebar maklumat tak sahih demi kejar populariti ganggu polis siasat kematian Zara – KPN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat