Dua ADUN Pembangkang BN terima peruntukan sama rata – MB Kelantan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang di Kelantan dari Kota Lama dan Galas akan diberikan peruntukan yang sama rata sebagaimana diperoleh wakil rakyat kerajaan.

Menteri Besar Datuk Mohd. Nassruddin Daud berkata, pendekatan itu bagi menghormati keputusan yang dibuat oleh rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos lalu.

“Kita akan berlaku adil (agihan peruntukan) kepada semua termasuk wakil rakyat pembangkang.

“Kita akan berlaku adil (agihan peruntukan) kepada semua termasuk wakil rakyat pembangkang.

“Walaupun aliran politik berbagai-bagai tetapi PRN sudah selesai. Yang ada wakil rakyat… wakil kepada rakyat. Maka kita akan beri peruntukan sama rata,” katanya kepada pemberita selepas mengumumkan portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, lapor Utusan.

Hadir sama Timbalan Menteri Besar Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan dan barisan Exco Kelantan.

PRN lalu, Perikatan Nasional (PN) iaitu PAS bersama Bersatu menang di 43 daripada 45 kerusi DUN manakala dua lagi masing-masing di menangi oleh Pakatan Harapan (Kota Lama) dan Barisan Nasional (BN).

Keputusan itu menyaksikan PN memperoleh majoriti dua pertiga sekali gus mentadbir Kelantan dengan kukuh pada penggal kali ini.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat