Apa kaitan logo DAP pada mock cheque sumbangan kepada sekolah? – Akmal tuntut penjelasan Kor Ming

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming digesa memberi penjelasan berhubung logo parti DAP pada mock cheque sumbangan kepada beberapa buah sekolah.

Ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh mempersoalkan kewujudan logo parti DAP sekiranya sumbangan yang diberikan adalah daripada kerajaan.

“Kami mahukan penjelasan dari YB menteri Nga Kor Ming. Adakah sumbangan ini dari pihak kerajaan?

“Dan jika dari pihak kerajaan, apakah kaitan logo DAP berada di mock up cheque sumbangan tersebut?

“Jangan jadi bodoh bila dah menjadi menteri!” kata Muhammad Akmal dalam satu kenyataan di Facebooknya pada Rabu.

Terdahulu sebuah akhbar berbahasa Cina melaporkan sejumlah peruntukan diberikan kepada beberapa buah sekolah termasuk sekolah jenis kebangsaan Cina.

Laporan berkenaan kemudiannya tular selepas mock cheque yang serahkan kepada sekolah berkenaan terdapat logo parti DAP yang diletakkan di sebelah Jata Negara.

Susulan itu, media melaporkan seorang pengguna media sosial dengan akaun  KC Oii-Danny mendakwa kerajaan memperuntukkan RM1.8 juta untuk menambah baik dan menaik taraf peralatan 17 sekolah Cina di Perak.

“Bagi menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih baik untuk anak-anak Cina kita, Kerajaan Perpaduan memperuntukkan RM1.8 juta untuk menambah baik dan naik taraf peralatan 17 sekolah Cina di Perak.

“Supaya anak-anak Cina kita dapat menyambut masa depan yang lebih cerah!” katanya dalam satu perkongsian yang ditulis dalam bahasa Cina pada 20 Ogos lalu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat