Isu LCS: Rafizi buat andaian jahat, fitnah terhadap UMNO kata Asyraf Wajdi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki hari ini menyelar dakwaan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli sebelum ini yang mengaitkan skandal Kapal Tempur Pesisir (LCS) dengan pemimpin parti itu.

Asyraf berkata, beliau telah selesai meneliti keseluruhan 104 muka surat Laporan Siasatan Audit Forensik mengenai isu kapal tempur berkenaan yang telah dinyah klasifikasi pada malam tadi.

Namun, katanya, beliau tidak menemui sebarang campur tangan menteri pertahanan sama ada ketika zaman Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mahupun Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Dalam kenyataan yang ditulis di Facebooknya itu, Asyraf berkata, kesemua kebocoran dan salah guna kuasa yang berlaku berpunca akibat kelemahan tadbir urus (corporate governance failure) dan bukan campur tangan menteri seperti yang didakwa Rafizi.

“Tidak ada sebarang campur tangan menteri pertahanan (sama ada zaman Datuk Seri Zahid Hamidi atau Datuk Seri Hishammuddin Hussein) dalam menentukan pembayaran yang dibuat kepada syarikat-syarikat yang disebutkan dalam laporan sebagaimana andaian dan fitnah yang cuba dimainkan oleh Rafizi dan pembangkang.

“Justeru tidak benarlah sama sekali segala andaian jahat dan fitnah yang cuba dimainkan dan dimanipulasi oleh Timbalan Presiden PKR yang cuba mewarnakan pemikiran dan memainkan persepsi rakyat kononnya isu kapal LCS terkait dengan pemimpin UMNO.

“Ini termasuklah juga kononnya hanya ‘ikan bilis’ yang didakwa manakala ‘ikan jerung’ terlepas, sedangkan tiada langsung dalam mana-mana bahagian dalam laporan setebal 104 muka surat mengaitkan Menteri UMNO,” kata Asyaraf.

Selain itu, Asyraf turut menjelaskan, antara kelemahan tadbir urus yang berlaku sehingga berlaku ketirisan dan salah laku apabila jawatankuasa pemandu LCS dianggotai oleh orang yang sama yang duduk di pengurusan tertinggi, jawatankuasa tender dan lembaga pengarah.

Anggota yang terlibat ialah bekas panglima Tentera Laut Diraja Malaysiaa (TLDM) Laksamana (B) Tan Sri Ahmad Ramli Nor dan Kapten Anuar Murad.

Menurut Asyraf lagi, nama kedua-dua anggota itu disebut berulang kali dalam laporan berkenaan.

“Antara perkara asas dalam kelemahan tadbir urus korporat ialah bagaimana boleh terjadi individu yang sama boleh berada dalam semua jawatankuasa yang membuat tawaran tender (call for tender), individu yang sama juga membuat penilaian, membuat keputusan dan memutuskan berkenaan pemberian tender.

“Dalam istilah tadbir urus dipanggil konflik berkepentingan,” jelasnya lagi.

Ahmad Ramli yang juga bekas pengarah urusan Boustead Naval Shipyard (BNS) Sdn Bhd telah didakwa pada 16 Ogos lalu atas tuduhan pecah amanah melibatkan dana syarikat lebih RM21 juta berkaitan projek LCS.

Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan dan mahkamah menetapkan 24 November depan untuk sebutan semula kes.

Sehubungan itu, Rafizi kemudian mengeluarkan kenyataan bahawa dalang sebenar skandal LCS bukanlah bekas pegawai tentera yang didakwa sebaliknya ia dirancang oleh ‘jerung’ yang mempunyai kuasa dalam projek tersebut.

Rafizi selepas itu menamakan bekas timbalan menteri pertahanan Datuk Dr Ab Latiff Ahmad dan mendakwa isteri keduanya, Zainab Mohd Salleh turut terlibat dalam transaksi projek LCS.

Beliau juga serta mendakwa adalah amat mustahil sekiranya penyelewengan yang berlaku tanpa pengetahuan Ahmad Zahid dan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak.

Ab Latiff bagaimanapun menafikan Zainab Mohd Salleh ialah isterinya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat