Bersatu sangkal lobi Azmin jadi TPM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bersatu menafikan satu sebaran kenyataan media palsu yang mencadangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya melantik Datuk Seri Azmin Ali sebagai Timbalannya.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin menegaskan pejabatnya tidak mengeluarkan kenyataan media seperti itu.

Dalam perkongsian di Facebooknya pada Isnin, surat palsu dengan tajuk ‘Cadangan Calon Timbalan Perdana Menteri’ kononnya Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu pada 21 Ogos 2021 telah membuat ketetapan untuk mengusulkan sokongan calon tunggal parti itu, Ahli Parlimen Gombak, Azmin dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

“Keputusan ini diambil setelah mengambil kira faktor integriti, pengalaman serta bebas daripada unsur-unsur kleptokrat.

“Bersatu yakin inilah gandingan terbaik bagi memastikan kerjasama utuh dan kerajaan berjalan lancar dan stabil,” katanya.

Pun begitu Hamzah menafikan surat itu datangnya daripada beliau selaku Setiausaha Agung Bersatu dan Perikatan Nasional (PN).

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat