KUALA LUMPUR- Hari ini genap setahun pemergian bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub.
Presiden Amanah yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu mengenang jasa dan bakti yang dicurahkan Salahuddin yang terkenal dengan gelaran “Bapa Rahmah”.
“Hari ini genap setahun pemergian bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub.
“Allahyarham dahulu terkenal dengan jolokan “Bapa Rahmah” yang banyak membantu rakyat Malaysia dengan program-program sentuhan hingga ke akar umbi.
“Jasa dan bakti yang telah Allahyarham curahkan cukup bermakna buat rakyat Malaysia. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.
“Ya Allah, ampunilah, rahmatilah, bebaskanlah dan lepaskanlah dia dan muliakanlah tempat tinggalnya, luaskanlah dia dan muliakanlah tempat tinggalnya, luaskanlah jalan masuknya, cucilah dia dengan air yang jernih lagi sejuk, dan bersihkanlah dari segala kesalahan bagaikan baju putih yang bersih dari kotoran,” titip doa beliau.
Salahuddin yang juga Timbalan Presiden Amanah meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar selepas mengalami mual dan muntah-muntah.
Pemeriksaan doktor pakar mengesahkan Salahuddin mengalami pendarahan otak.