Pejabat Zuraida Nafi Sebarang Kaitan Dengan Adam Rosly Abdullah

- Advertisement -

CYBERJAYA – Pihak pengurusan pejabat bekas Ahli Parlimen Ampang Datuk Zuraida Kamaruddin menerusi satu kenyataan hari ini menafikan sebarang kaitan dengan seorang individu bernama Adam Rosly Abdullah dan tidak pernah melantiknya bagi sebagai wakil.

“Baru-baru ini kami dimaklumkan bahawa telah berlakunya satu penipuan sehingga melibatkan nilai RM4 juta yang dikaitkan dengan Pejabat Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin yang didalangi oleh seorang individu dikenali sebagai “Adam Rosly Abdullah”.

“Pejabat Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin dengan ini menafikan sebarang kaitan dengan individu yang dikenali sebagai “Adam Rosly Abdullah” sebagai staf atau wakil pejabat ini.

“Pihak kami tidak pernah melantik penama di atas atau mana-mana individu atau kumpulan untuk bertindak atau menjadi wakil bagi pihak kami untuk sebarang urusan,” kata kenyataan itu.

Justeru itu, pihak pengurusan pejabat Timbalan Pengerusi Muafakat Nasional itu menegaskan pihaknya tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang kenyataan atau tindakan yang telah dibuat oleh individu atau kumpulan tertentu ini, yang jelas tidak mempunyai apa jua kaitan dengan pejabat ini.

“Sila hubungi pihak kami dengan segera sekiranya anda adalah mangsa penama di atas atau pernah dihubungi oleh mana-mana pihak yang mengaku sebagai wakil pejabat ini ataupun wakil peribadi Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin.

“Sebarang pertanyaan/klarifikasi/pengesahan/aduan mengenai perkara ini boleh diajukan kepada kami melalui email [email protected],” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat