Dakwaan Timbalan Speaker Langgar SOP Akan Disiasat – Polis

- Advertisement -

BATU PAHAT – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat akan menjalankan siasatan terhadap Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd. Rashid Hasnon serta beberapa lagi individu lain yang didakwa mengingkari prosedur operasi standard (SOP) apabila menyertai ‘kenduri ketupat’ baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kertas siasatan sudah dibuka bagi menyiasat dakwaan tersebut sehingga gambar aktiviti wakil rakyat itu tular dalam media sosial.

“Pada hari ini, polis mengesan satu hantaran gambar yang tular di media sosial memaparkan Ahli Parlimen Batu Pahat sedang makan bersama dua orang wanita di sebuah ladang pertanian di daerah ini.

“Hantaran berasingan pula mendapati wakil rakyat berkenaan sedang bergambar bersama seorang lelaki dan dua wanita tanpa memakai pelitup muka dan tiada penjarakan sosial,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru menurut beliau, laporan polis telah dibuat dan kertas siasatan sudah dibuka untuk menyiasat kejadian yang berlaku dalam gambar berkenaan.

“Siasatan dijalankan di bawah Peraturan 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021. Pihak polis akan memanggil wakil rakyat berkenaan dan mereka yang terlibat untuk membantu siasatan,” katanya. – Kosmo

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat