Adun merangkap pembantu menteri ditahan SPRM terkait skandal lombong Sabah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Seorang lagi Adun Sabah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah berjumlah kira-kira RM150,000 membabitkan isu pengeluaran lesen cari gali.

Penahanan suspek lelaki berusia lingkungan 40-an itu dilakukan kira-kira pukul 9.30 pagi tadi ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Sabah.

Satu sumber berkata, suspek yang juga merangkap Pembantu Menteri dipercayai melakukan perbuatan tersebut sekitar tahun 2023 dan 2024.

“Siasatan juga mendapati suspek disyaki telah meminta dan menerima rasuah bernilai kira-kira RM150,000 daripada seorang individu berpangkat Datuk kononnya untuk membantu menguruskan permohonan lesen cari gali di negeri ini,” memetik laporan Utusan pada Isnin.

Dalam pada itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009.

“Suspek telah dilepaskan selepas keterangan diambil dengan jaminan sebanyak RM50,000 (tanpa deposit) dengan seorang penjamin dan juga akan didakwa dalam masa terdekat,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat