Tak Boleh Biar Ringgit Terus Merosot Jejas Harga Makanan Rakyat – Isham

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kelemahan ringgit perlu ditangani segera bukan dibiarkan begitu sahaja kerana ia melibatkan harga makanan harian rakyat.

Justeru, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Isham Jalil mendesak kerajaan mangadakan perbincangan dan membuat keputusan segera langkah untuk menangani masalah kemerostan ringgit.

Kata beliau, masalah kejatuhan ringgit adalah isu serius yang perlukan perhatian segera.

“Saya sudah kata banyak kali sebelum ini, kelemahan ringgit perlu ditangani segera bukan dibiarkan begitu sahaja kerana ia melibatkan harga makanan harian rakyat.

“Kerajaan perlu bincang dan buat keputusan segera bagaimana untuk tangani masalah ini. Isu ini serius,” desak Isham dalam hantaran di Facebooknya pada Jumaat.

Beliau berkata demikian merujuk kepada laporan FMT bahawa pemilik rangkaian pasar raya besar memberi amaran bahawa harga runcit beras 10kg akan meningkat sekurang-kurangnya RM1 bulan depan.

Pengarah Urusan Pasar Raya Besar Mydin Ameer Ali Mydin berkata ini adalah tambahan kepada kenaikan harga bulan lepas antara RM1 dan RM2 sekampit bagi beberapa jenis beras, termasuk beras putih import.

“Kami telah diberitahu oleh pembekal bahawa akan ada peningkatan lagi antara RM1 hingga RM2 untuk beras 10kg. Ini jelas akan meningkatkan harga jualan runcit sebanyak RM1 hingga RM2 untuk beras 10kg,” katanya kepada FMT

Beliau mengaitkan kenaikan harga itu berpunca daripada kelemahan ringgit serta kenaikan kos lain, termasuk elektrik dan buruh.

Manakala, Presiden Persatuan Pemilik Restoran India Malaysia (Primas), J Suresh, memberi amaran bahawa satu lagi kenaikan harga beras import, bersama-sama dengan peningkatan kos bahan mentah, boleh memaksa pengusaha restoran menaikkan harga mereka.

Beliau berkata ini juga boleh menyebabkan tawaran Menu Rahmah terhenti, inisiatif kerajaan yang menawarkan hidangan pada harga RM5 dan ke bawah di kedai makan terpilih.

Suresh berkata menu berharga rendah itu memerlukan pengusaha restoran menyerap kos tertentu, yang hanya boleh dilakukan untuk sebulan lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat