“Kami Dah Jadi Kerajaan, Sebab Itu Dah Tak Aktif Balas Komen Pembangkang” – Rafizi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli memberitahu sejak enam bulan kebelakangan ini beliau jarang membalas komen-komen pembangkang kerana banyak tugas untuk dilakukan sebagai menteri yang mentadbir terutamanya memperbetul keadaan ekonomi.

Timbalan Presiden PKR itu mengingatkan Perikatan Nasional (PN) untuk lebih fokus kepada polisi bukan hanya sekadar membina persepsi.

“Nasihat saya kepada PN begini tau, sebab kenapa saya tidak respons secara politik dalam tempoh enam bulan ini kerana sebagai kerajaan kami ada tugas untuk dilaksanakan… kami mahu memperbetulkan ekonomi , kami mahu betulkan banyak perkara.

“Dulu saya begitu aktif kalau ada komen saya akan jawab tapi sekarang saya tak balas lagi sebab itu (komen) itu adalah tanggungjawab (untuk diperbetul sebagai) kerajaan.

“Sepatutnya kerja pembangkang ialah memainkan peranan sebagai pembangkang yang baik dan berkesan dan untuk menjadi pembangkang yang baik, kamu fokus kepada polisi kami,” kata Rafizi, semalam.

Tegas Rafizi lagi, PN sewajarnya perlu fokus apa yang merekaboleh buat lebih baik.

“Kamu (pembangkang) perlu fokus apa yang mereka boleh buat lebih baik, you focus on explaining why didn’t you do certain things ketika kamu dalam kerajaan selama 33 bulan.

“Itu cara paling baik untuk PN berkempen dalam pilihan raya ini, bukannya membina persepsi akan ada gelombang, akan jatuh itu ini, ini cerita wayang yang tidak akan membaiki kehidupan rakyat,” bidas beliau.

Rafizi mengingatkan PN menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti mereka perlu fokus kepada kempen siapa yang mentadbir dengan lebih baik.

“Cabaran saya kepada mereka untuk masuk pilihan raya fokus kepada siapa boleh mentadbir negara ini dengan lebih baik dan untuk mentadbir negara ini ia melibatkan integriti, kecekapan serta polisi.

“Ini bukan soal Melayu lawan Cina, siapa lagi hebat , siapa lagi ramai pengikut, siapa boleh mengumpulkan konvoi motor terbesar.

“I mean how is that going to help us, kamu kumpul dua puluh ribu orang naik motor pusing keliling Malaysia, lepas itu dengan cara itu adakah kita boleh bayar hutang kita?

“Itulah sebabnya saya tak membalas komen sebab saya rasa mereka sangat mengarut. Nak masuk pilihan raya mereka semua pernah jadi menteri, mereka pernah di sini sebelum kita,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat