COVID-19: Presiden Baharu Iran Umum Percepat Program Vaksinasi

- Advertisement -

TEHRAN: Presiden baharu Iran, Ebrahim Raisi umum akan percepat proses vaksinasi.

Ini bagi republik itu menghidupkan semula ekonomi di tengah-tengah pandemik COVID-19.

Menurut Ebrahim, program vaksinasi antara tumpuan utama di bawah pentadbirannya.

Jelasnya, Iran akan menumpukan kepada vaksin yang dihasilkan di dalam negara, selain Sputnik V keluaran Rusia dan yang dibangunkan dengan kerjasama Cuba.

Kerajaan pimpinan presiden sebelum ini Hassan Rouhani berdepan kritikan kerana program vaksinasi yang perlahan.

Kekangan itu disebabkan sekatan Amerika Syarikat (AS) yang menyebabkan kesukaran Iran membeli vaksin dan punca berlakunya kelewatan dalam penghantaran bekalan.

Iran, kehilangan lebih 83,000 daripada 83 juta populasinya akibat COVID-19.

Ia melancarkan vaksin Coviran, kerjasama dengan Cuba Disember lalu dan kini sudah memasuki fasa ujian klinikal bersama tiga lagi vaksin lain.

Sejumah 24,000 orang kini menjalani ujian klinikal bagi vaksin tersebut.

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat