“Tengku Zafrul sangat dialu-alukan” – Jamal Yunos

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – UMNO Bahagian Sungai Besar sedia menerima kehadiran Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ke kawasan Parlimen tersebut walaupun ada bahagian tertentu parti itu di Selangor menolaknya,” ujar Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunus.

Beliau menyatakan berlapang dada dan tidak menolak mana-mana pemimpin yang turun padang untuk memberi sokongan moral dan bantuan termasuk dalam bentuk dana bagi membantu pihaknya.

Ini kerana beliau melihat ketika ini Selangor memerlukan pemimpin seperti Tan Sri Noh Omar dan Tengku Zafrul bagi membantu untuk UMNO negeri merampas kembali kerajaan Selangor.

“Soal calon urusan pucuk pimpinan parti…dalam agenda politik untuk memenangkan Selangor perlukan pengorbanan dan perlu ada yang dikorbankan menangkan impian tawan Selangor.

“Tengku Zafrul sangat dialu-alukan bagi membantu terutama dalam menaikkan semangat juang jentera UMNO dari segi program dan sebagainya.

“Kita jangka, tak ada pemimpin lain, maksudnya pemimpin di Selangor perlu beri sokongan. Sungai Besar sokong Tengku Zafrul bawa manfaat kepada UMNO Selangor,” katanya memetik MalaysiaGazette.

Jamal turut mengingatkan agar kepimpinan bahagian melupakan sikap ego masing-masing dan berubah secara menyeluruh selepas tiga penggal UMNO tidak menerajui pentadbiran negeri Selangor.

Katanya, apa yang berlaku perlu dijadikan pengajaran dan pelajaran berguna dalam berdepan pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Saya memang menawarkan diri sebelum ini untuk menjadi calon Parlimen Sungai Besar namun berlapang dada sekiranya Tengku Zafrul berminat. Soal calon ini akan ditentukan oleh pucuk pimpinan parti dan saya okay jika tak terpilih,” katanya.

Dalam pada itu, Jamal berkata, sudah tiba masanya UMNO negeri membuat pengumuman awal mengenai calon yang bakal diketengahkan pada PRU-15.

Katanya, beliau sendiri akan melakukan perkara itu dalam mesyuarat yang akan diadakan.

Tambah beliau, langkah itu penting agar bakal calon dapat sokongan dan bukannya mengenengahkan mereka secara saat-saat akhir.

Dalam perkembangan sama, Jamal juga menegaskan sudah tiba masanya UMNO menamakan calon-calon pilihan raya lebih awal sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi mengelakkan sabotaj dalaman hingga merugikan parti itu khususnya di Selangor.

Beliau mendakwa, tindakan menamakan senarai calon pada saat akhir hanya mengundang perpecahan parti dek kerana perebutan pimpinan menjadi calon.

“Sudah tiba masanya UMNO pusat atau UMNO Selangor, saya sebagai Ahli Jawatankuasa dan juga Bendahari Barisan Nasional (BN) Selangor akan mengadakan mesyuarat dalam waktu terdekat.

“Saya akan memberi pandangan supaya calon-calon kita namakan lebih awal dan calon-calon tersebut datang daripada bahagian.

“Sebelum ini saya lihat, calon-calon diumumkan pada saat akhir dan bukan sahaja di Sungai Besar bahkan semua bahagian di Selangor masing-masing berebut nak jadi calon.

“Malah sudah bermula kempen, ia bukan baik tapi ingin menjatuhkan satu satu sama lain,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat