Pacuan 4 roda rempuh bazar Ramadan di Hulu Selangor

- Advertisement -

HULU SELANGOR –  Sebuah kenderaan pacuan 4 roda yang dipandu secara melulu dirakam merempuh sekurang-kurangnya tiga hingga lima individu dan beberapa khemah peniaga di tapak bazar Ramadan di Hulu Selangor.

Beberapa rakaman video yang dikongsi laman Facebook “Info Roadblock JPJ/Polis” menunjukkan pemandu Toyota Hilux itu membuat beberapa pusingan di perkarangan tapak bazar Ramadan.

Keadaan itu menyebabkan orang awam di tempat kejadian bertempiaran menyelamatkan diri dan kekecohan timbul di tapak bazar Ramadan berkenaan.

Khemah peniaga di tapak bazar itu turut musnah akibat dirempuh kenderaan yang dipercayai dipandu oleh lelaki dalam keadaan mabuk.

Beberapa anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan individu lain dilihat membaling objek tumpul ke arah kenderaan itu dalam usaha menghentikannya.

Facebook “Info Roadblock JPJ/Polis” menerusi satu catatan memaklumkan pemandu sudah ditahan dan dibawa ke Balai Polis Bukit Sentosa untuk siasatan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat