Siapa pun ganti Anwar nanti jangan budayakan pemain politik solo kemudi PKR – Izzah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sesiapa pun yang menggantikan kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Presiden PKR kelak diingatkan tidak terjebak dengan ‘budaya atau gerakan politik sendirian’.

Anak sulung kepada Anwar, Nurul Izzah yang memberi teguran itu berkata sesiapa saja yang akan menerajui parti perlu menggarap semangat kebersamaan.

Naib Presiden PKR itu menegaskan bahawa nilai itu penting agar struktur parti dapat diperkasakan dan terbina menerusi kepercayaan kuat dalam kalangan ahli.

“Saya rasa sebagaimana yang diingatkan kepada saya dalam sesi usrah, kita ini kena mempersiapkan diri kita supaya bila adanya tanggungjawab yang tidak dapat diisi, kita isikan.

“Tetapi dalam masa yang sama, ia bukan ‘one lone person game’ (pemain politik solo). Ia perlu semangat kekitaan. (Bak kata pepatah) Biduk berlalu kiambang bertaut.

“Jadi apa pun, sesiapa pun yang dipilih… Saya berharap kepercayaan itu diberikan, digalas untuk membina kekuatan yang mendatang,” memetik laporan BH pada Rabu.

Pada masa sama, Nurul Izzah menuntut ahli parti untuk merapatkan saf agar dapat membina kekuatan bersama untuk menanggung setiap ujian serta cabaran yang menimpa parti itu.

Mengakui dunia politik sekarang sangat mencabar, bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai itu tidak mahu isu kekalahan, pangkat dan kuasa menduga ahli sehingga dikhuatiri boleh menggugat kredibiliti parti.

“Kita pun faham dunia politik bukannya senang, sangat mencabar. Setiap kali kita ada jawatan, sudah tentu akan dipersoal setiap yang kita buat.

“Kita tak boleh harap bukan sahaja semasa kekalahan kita diduga. Segala pangkat dan kekayaan termasuk kuasa, itu semua ujian.

“Ia sesuatu yang berat. Tetapi bila kita mengenali dan memahami tentang bebanan sebenar, saya berharap kita dapat tanggung dengan sebaik mungkin,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat