“Kalah itu biasalah, bukan trend singkir menteri, timbalan menteri” – Lih Kang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang berpendapat walaupun terdapat beberapa nama besar tewas dalam pemilihan PKR di peringkat cabang, ia bukan bermakna wujud usaha untuk menyingkirkan pemimpin parti berstatus menteri mahu pun timbalan menteri.

Ketua Cabang PKR Tanjong Malim itu berkata, beliau juga tidak melihat trend seperti itu berlaku semasa pemilihan yang berlangsung minggu lalu.

“Saya rasa dalam pemilihan ada orang menang ada orang kalah, itu biasalah. Cuma pemilihan itu peringkat cabang sahaja. Jadi, bulan depan kita ada pemilihan (peringkat) pusat, kita akan tengok lah.

“Saya tak nampak ada trend nak kalahkan menteri atau timbalan menteri (kerana) ada yang menang dan ada yang kalah, yang penting anggota kena ada keyakinan dalam sistem pemilihan (parti),” katanya dalam sidang akhbar selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian (MoU) antara Central Corporate Engineering Sdn Bhd (CCE) dan Oasis Xtract Sdn Bhd lapor Utusan, semalam.

Terdahulu beberapa pemimpin parti berjawatan menteri dan timbalan menteri tewas dalam pemilihan peringkat cabang yang berlangsung baru-baru ini.

Antaranya, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad yang tewas kepada Afdlin Shauki, dalam persaingan peringkat cabang di Setiawangsa, selain Timbalan Menteri Perpaduan K. Saraswathy yang juga naib presiden dalam pemilihan cabang Bukit Bintang.

Manakala, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli pula tewas dalam perebutan Timbalan Ketua Canag Hang Tuah Jaya dengan terbaru, Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir tumpas dalam persaingan di Johor Bahru.

Dalam pada itu, Lih Kang berkata, apa yang paling penting anggota parti perlu memiliki keyakinan terhadap sistem pemilihan yang dijalankan.

“Untuk saya, kalah menang itu bukan masalah, yang penting kita kena pastikan sistem pemilihan itu adalah adil dan saksama. Orang ada keyakinan, saya rasa itu adalah paling penting,” ujarnya.

Pemilihan bagi pimpinan PKR di peringkat Cabang, Wanita Cabang dan AMK Cabang ditetapkan bermula 11 hingga 20 April.

Pemilihan bagi jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Majlis Pimpinan Wanita Pusat (MPWP) dan Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan Pusat (MPAMKP) parti berkenaan pula akan diadakan pada 24 Mei.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat