Dua calon tarik diri, Abang Johari menang tanpa tanding YDP Perkim

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendapat sokongan penuh untuk dilantik sebagai Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim).

Perkim dalam kenyataan media memaklumkan setelah mempertimbangkan keperluan organisasi serta mengambil kira kebolehan, kewibawaan dan kepimpinan yang dimiliki oleh Premier Sarawak mereka dengan penuh rasa tanggungjawab dan keikhlasan mengumumkan secara rasmi menarik diri daripada pencalonan bagi jawatan Yang Dipertua Perkim.

“Langkah ini diambil sebagai tanda sokongan padu dan tidak berbelah bahagi terhadap pencalonan Premier Sarawak untuk menerajui kepimpinan tertinggi Perkim.

“Dengan penarikan diri ini, ia sekaligus membuka laluan kepada Premier Sarawak untuk dipilih sebagai Yang Dipertua Perkim secara menang tanpa bertanding.

“Kami yakin bahawa kepimpinan Premier Sarawak akan membawa Perkim ke arah kecemerlangan yang lebih menyeluruh dan inklusif, khususnya dalam memperkukuhkan usaha dakwah serta pembangunan sahsiah dan kebajikan umat Islam di seluruh negara,” kata kenyataan itu.

Sehubungan itu, barisan kepimpinan Perkim menyatakan sokongan penuh atas pelantikan Premier Sarawak sebagai Yang Dipertua Perkim dan menyeru seluruh ahli untuk turut memberikan sokongan dan kerjasama sepenuhnya demi kesinambungan kecemerlangan organisasi ini.

“Untuk makluman, Datuk Seri Shahidan Kassim akan bertanding bagi jawatan Naib Yang Dipertua Perkim dalam pemilihan kali ini,” katanya.

Sebelum ini tiga pencalonan diterima untuk mengisi jawatan tersebut iaitu Abang Johari; Shahidan dan Pengerusi Perkim Wilayah Persekutuan Datuk Nakhaie Ahmad.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat