Helikopter HOM AW139 terlibat nahas baharu diterima 2021

- Advertisement -

CYBERJAYA – Helikopter operasi Maritim (HOM) jenis AW139 yang terlibat dalam nahas dengan sebuah lagi helikopter di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pagi tadi, pertama kali digunakan untuk acara lintas hormat pasukan itu, lapor Buletin TV3.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin berkata, helikopter yang berpangkalan di Kota Kinabalu, Sabah, itu mula digunakan secara rasmi pasukan TLDM sejak 2021.

“Helikopter yang terlibat helikopter HOM itu baru sahaja, helikopter baru yang baru sahaja diterima Tentera Laut pada 2021.

“Manakala Helikopter FENNEC M502-6 dari Lumut, telah digunapakai TLDM sejak 2003 “, katanya.

Terdahulu, dalam nahas pagi tadi, Helikopter HOM AW139 terhempas di Stadium TLDM Lumut manakala helikopter FENNEC terhempas di kawasan kolam renang.

Seramai 10 pegawai dan anggota TLDM terkorban dalam nahas tersebut, manakala seorang lagi anggota TLDM yang sedang berenang di kolam renang berhampiran mengalami cedera ringan terkena serpihan helikopter.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat