CYBERJAYA – Perdana Menteri, Anwar Ibrahim merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah dan selamat sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Sultan Ibrahim selaku Yang di‑Pertuan Agong pada Isnin.
Ucapan tersebut dizahirkan menerusi satu hantaran yang turut menyatakan doa agar Seri Paduka Baginda serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah Allah SWT.
Menurut Anwar, beliau turut mendoakan agar Baginda sentiasa berada dalam keadaan sihat, sejahtera serta terus memayungi negara dengan penuh kedaulatan.
Sambutan Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong tahun ini disambut pada 23 Mac 2026, bersamaan 3 Syawal 1447 Hijrah.
Dalam hantaran sama, Perdana Menteri menutup ucapan dengan lafaz kesetiaan kepada institusi diraja dengan ungkapan “Allah Peliharakan Sultan.”



