YBR bantu 535 golongan asnaf, 24 masjid, surau di Kadamaian

- Advertisement -

KADAMAIAN — Yayasan Bank Rakyat (YBR) telah menyalurkan bantuan sebanyak RM80,250 kepada 535 penerima asnaf serta 24 masjid dan surau melalui Program Pemberian Bakul Makanan kepada keluarga asnaf.

Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi, YB Datuk Ewon Benedick berkata, kesudian YBR menyantuni mereka yang kurang bernasib baik harus dipuji dan berharap bantuan tersebut memberi sinar kegembiraan menjelang Aidilfitri.

“Saya amat menyokong inisiatif seperti ini dilaksanakan dan berharap ia sedikit sebanyak dapat merapatkan lagi ukhuwah dan silaturrahim di antara organisasi luar dengan masyarakat setempat.

“Sebanyak RM24,000 telah diperuntukkan kepada 24 buah masjid dan surau bagi membantu pengurusan pelaksanaan program keagamaan.

“Selain itu bantuan tunai kepada masjid dan surau di sekitar Kadamaian juga dilakukan dalam usaha menyantuni golongan asnaf disamping mengeratkan silaturrahim,” katanya di Masjid Kampung Tambulion Sorob, Kadamaian, Kota Belud semalam.

Majlis penyerahan bantuan ini telah disempurnakan Datuk Ewon Benedick dan turut hadir dalam sesi penyampaian ini adalah Ketua Pegawai Eksekutif YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani, Ketua Bahagian Operasi YBR, Mohd Mukhti Abd Rahman dan Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat YBR, Mohamad Ghazali Zainal Abidin.

Dalam majlis yang sama, Ketua Pegawai Eksekutif YBR, Syaiful Rizal menegaskan bantuan yang diberikan kepada 535 keluarga asnaf ini dapat memberi sedikit kelegaan serta membantu mereka yang beragama Islam dalam menghayati keberkatan, kepentingan, tuntutan dan cabaran beramal sepanjang bulan Ramadan.

“YBR amat menitikberatkan golongan yang memerlukan bantuan terutama anak yatim, asnaf dan gelandangan yang kurang mendapat perhatian daripada masyarakat luar.

“YBR turut memberi bantuan kepada masjid dan surau di sekitar bagi mengimarahkan lagi aktiviti-aktiviti masjid di seperti menganjurkan pelbagai program kemasyarakatan, pendidikan, dan keagamaan seperti kelas mengaji, ceramah serta aktiviti belia,” jelasnya.

Untuk rekod, pada tahun 2024, YBR membelanjakan sebanyak RM3,395,810 bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik yang bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan sosio-ekonomi penerima melalui pembangunan pendidikan serta pemerkasaan masyarakat.

author avatar
Jannah Jalidar
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat