Bersatu Diminta Bersabar, Umno Masih Selesa Dengan Pakatan Harapan

- Advertisement -

PETALING JAYA: Umno tidak menolak kemungkinan menjalinkan semula kerjasama dengan Bersatu, tetapi hanya jika hubungan parti itu dengan Pakatan Harapan (PH) menghadapi masalah.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Puad Zarkashi, berkata setakat ini kerjasama dalam kerajaan perpaduan berjalan lancar meskipun wujud perbezaan kecil dalam beberapa isu.

“Bersatu kena tunggu dan perlu bersabar, jika wujud masalah Umno-PH maka barulah kerjasama dengan Bersatu difikirkan semula,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata demikian sebagai respon terhadap kenyataan Timbalan Presiden Bersatu, Hamzah Zainudin, yang menyatakan kesediaan partinya untuk bekerjasama dengan Umno demi mencapai matlamat perjuangan politik yang sama.

Dalam satu program audio siar Jumaat lalu, ketua pembangkang itu menekankan bahawa tiada sebab bagi kedua-dua parti terus berpecah jika mereka berkongsi perjuangan dan hala tuju politik yang sama.

Namun, Puad menegaskan bahawa ketidaksediaan Umno untuk bekerjasama dengan Bersatu bukan bermaksud partinya bersikap sombong.

“Tetapi Bersatu yang angkuh kerana mereka ingat Umno begitu mudah dikuburkan,” katanya.

Menurutnya, lebih baik jika ahli Bersatu kembali menyertai Umno, termasuk pemimpin utama seperti Hamzah Zainudin, Muhyiddin Yassin, dan Azmin Ali.

“Pada saya lebih baik ahli Bersatu kembali ke Umno termasuk Hamzah, Muhyiddin Yassin dan Azmin Ali…ikut langkah Semangat 46,” katanya, merujuk kepada tindakan parti pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah yang kembali menyertai Umno pada tahun 1996.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat