Pelajar Universiti Maut Jatuh Tingkat Enam Selepas Bertemu Kekasih

- Advertisement -

MELAKA – Penuntut lelaki sebuah universiti di sini maut dipercayai terjatuh dari tingkat enam sebuah pangsapuri di Bukit Beruang, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata dalam kejadian 2.50 pagi, penuntut berusia 20 tahun itu disahkan maut di tempat kejadian selepas terjatuh dari tingkat enam Blok C pangsapuri 18 tingkat itu.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa datang untuk bertemu teman wanitanya berusia 20 tahun yang juga penuntut universiti sama di tingkat enam pangsapuri berkenaan sekitar jam 2 pagi.

“Si mati datang selepas teman wanitanya itu dikatakan tidak membalas mesej dihantarnya.

“Mereka dikatakan bertemu di koridor sebelum si mati meminta maaf kerana membuatkan kekasihnya itu cemburu kepadanya dan wanita itu memaafkannya.

“Namun ketika wanita itu masuk ke dalam rumah tiba-tiba si mati dikatakan memanjat tembok koridor itu setinggi kira-kira empat kaki,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Christopher berkata, wanita itu menyangkakan teman lelakinya hanya bergurau namun terkejut melihat dia berpaut pada tembok dengan kedua-dua kaki berada di luar.

“Dia cuba menyelamatkan kekasihnya itu, namun hanya dapat mencapai sebahagian tangan si mati kerana tembok tinggi menyebabkannya terjatuh.

“Wanita itu kemudian segera menghubungi rakan sebilik kekasihnya untuk meminta bantuan,” katanya.

Beliau berkata, siasatan pihak forensik mengesahkan tiada unsur jenayah dan khianat dalam kejadian itu.

“Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. – Hmetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat