SPRM masih siasat Muhyiddin projek Jana Wibawa – Azam

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung projek Jana Wibawa masih lagi berjalan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki menjelaskan kertas siasatan yang dijalankan SPRM terhadap Muhyiddin masih belum diserahkan kepada Peguam Negara.

“Siasatan masih dijalankan. Jadi, itu saya serah pada Peguam Negara.

“(Kertas siasatan) belum lagi (diserahkan pada peguam negara)..masih dalam siasatan,” katanya pada Khamis.

Mengulas lanjut, Azam berkata beliau juga tidak mengetahui bila tempoh kertas siasatan terhadap Muhyiddin akan siap.

Pada 18 Februari lalu, Muhyiddin berkata, beliau dipanggil SPRM untuk membantu siasatan berhubung bantuan rangsangan Covid-19 Jana Wibawa, dan beliau bukan suspek dalam siasatan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat