Perbadanan Wakaf Pahang dilancarkan tidak lama lagi

- Advertisement -

KUANTAN – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) sedang dalam proses menubuhkan Perbadanan Wakaf Pahang bagi menyelaraskan tadbir urus berkaitan wakaf di negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ahmad Hairi Hussain berkata, buat masa ini semua urusan berkaitan wakaf diuruskan Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang.

“Mekanisme zakat dan wakaf adalah sama, kena jumpa orang, buat promosi dan (kempen) kesedaran.

“Sekarang ini kita dalam proses memperkemaskan aspek pengurusan sebelum perancangan itu direalisasikan dalam masa dua tahun lagi,” katanya dalam sidang medianya pada Rabu.

Terdahulu Ahmad Hairi melancarkan Bulan Zakat dan Wakaf Pahang.

Turut hadir Pengurus Besar Kanan PKZ MUIP, Datuk Halidan Md Daud.

Ahmad Hairi turut memaklumkan buat masa ini terdapat 360 lot tanah wakaf diuruskan PKZ Pahang.

Selain itu, sejumlah RM2 juta dalam bentuk tunai turut diwakafkan pelbagai pihak sehingga tahun lalu.

“Untuk tahun ini, MUIP sasarkan kutipan RM3 juta bagi wakaf dalam bentuk wang tunai,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Halidan berharap kira-kira 180 madrasah dan surau di Pahang yang menguruskan tanah wakaf untuk mendaftarkan tanah itu dengan PKZ Pahang.

Katanya, ia bertujuan memudahkan penyelarasan dan pengurusan tanah wakaf selari dengan Enakmen Wakaf Pahang yang diluluskan pada 13 Oktober tahun lalu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat