Isham Tak Faham Budaya Sedekah Diamal PAS – Faiz

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu Dr Muhammad Faiz Na’aman mengingatkan Ketua Penerangan Umno, Isham Jalil agar tidak memperlekeh budaya sedekah yang diamalkan PAS.

Kata Faiz, meskipun bukan ahli PAS, namun sebagai seorang anak perantau yang lahir dari keluarga keturunan Melayu Kelantan, keberadaan serta perhubungan dengan warga PAS tidak asing dalam keluarga besarnya terutama yang masih berada di Kelantan.

“Berdasarkan pengalaman itu, maka saya tahu dan faham sedikit sebanyak nilai-nilai positif yang telah dididik terhadap warga PAS seperti budaya kemandirian demi kelangsungan perjuangan mereka. Ini termasuklah bab kewangan hasil dari budaya bersedekah yang sememangnya wujud dalam agama Islam kita.

“Dan apabila sebut mengenai sedekah ia suatu takrifan umum yang tidak hanya tertakluk kepada pihak tertentu sahaja. Sedekah kepada atau dari Parti PAS tidak sekadar melibatkan ahli-ahli parti mereka semata-mata,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Khamis.

Maka katanya kepada Isham usahlah memperlekeh kenyataan Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS Nik Muhammad Zawawi Salleh yang berniat baik untuk saling membantu kewangan parti sahabat seperti Bersatu demi perjuangan Alif Baa Taa (Agama, Bangsa & Tanah Air) yang sejati insyaAllah.

“Kita jangan lupa sejarah kerajaan negeri Kelantan dinafikan royalti minyak oleh kerajaan Pusat sejak zaman pentadbiran Umno- BN selama ini. Sehingga menyebabkan kerajaan negeri Kelantan di bawah PAS terpaksa mencari pelbagai alternatif lain untuk menampung pengurusan dan kemajuan negeri.

“Saya petik sejarah Kelantan ini kerana Ketua Penerangan Umno, Isham Jalil turut memetik perihal air Kelantan dalam kenyataan terbarunya yang menyindir keupayaan kewangan PAS serta istilah sedekah. Apakah Selangor langsung tiada masalah bekalan air paip selama ini?

“Akibat dari kezaliman dan korupsi pentadbiran Umno-BN yang terdahulu, maka sebuah negeri yang berpopulasi besar Melayu-Islam seperti Kelantan dinafikan haknya, hingga menyebabkan majoriti sub-etnik Melayu Kelantan hingga kini memilih PAS sebagai wadah perjuangan mereka termasuk yang bermastautin di Selangor.

“Jadi jangan fikir apabila kamu memperleceh dan mengejek status kewangan PAS serta budaya bersedekah di kalangan mereka, maka rakyat khususnya di Selangor akan menyokong puak kamu dalam PRN nanti,” tegas beliau.

Jelas Faiz, kerana budaya bersedekah dan menyumbanglah maka warga PAS terutamanya Melayu Kelantan yang merantau di luar Kelantan cukup mandiri dengan pelbagai jenis perniagaan mereka yang turut menyumbang kepada ekonomi Bumiputera termasuklah di negeri Isham sendiri, Selangor.

“Mungkin kayu ukur kekayaan atau kemajuan sesuatu negeri untuk Melayu UMNO pro DAP seperti Isham ini ialah apabila ia mencapai tahap urbanisasi seperti di Selangor.

“Namun hakikatnya kita semua tahu masih ramai Melayu Bumiputera anak jati Selangor sendiri yang bergelut untuk memiliki kediaman sendiri di tanah negeri sendiri yang makin tahun makin meningkat mahal kosnya,” bidas beliau.

Baru-baru ini, Isham menempelak pemimpin PAS yang didakwa gemar menuduh orang lain terbabit rasuah tetapi pada masa sama menganggap diri bersih.

“Tanpa segan silu dan rasa malu puak-puak kamu rasuah pengundi dengan menggunakan nama Allah. Mungkin Allah SWT ingin buka dan tunjukkan kebatilan ini.

“Dan bila rakyat lapor polis dan fail petisyen ke atas rasuah kamu, kamu keluar dalil dan panggil rasuah kamu itu sedekah.

“Selepas itu puak kamu kata ia bergantung kepada niat pula, dan kononnya orang lain pun buat juga,” katanya.

Ia dipercayai merujuk kenyataan beberapa pemimpin PAS termasuk Ketua Penerangan PAS, Khairil Nizam Khiruddin dan Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari yang mempertahankan kenyataan Presiden, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa sumbangan individu ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu sebagai sedekah.

Mengulas lanjut, Isham turut menempelak tindakan pemimpin PAS yang menuduh Umno tiada keabsahan moral untuk persoal isu rasuah dan menuding jari serta menuduh Umno bagi menutup tindakan rasuah mereka.

Katanya, matlamat untuk menang tidak menghalalkan cara dan biar bersusah atas landasan perjuangan yang betul dan ikhlas dari bersenang atas landasan perjuangan yang salah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat