“Puad, apa masalah peribadi kamu dengan Muhyiddin sebenarnya? – MT Bersatu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – “Puad, apa masalah peribadi kamu dengan Muhyiddin sebenarnya? Demikian persoalan yang dibangkitkan Ahli majlis pimpinan tertinggi Bersatu Dr Muhammad Faiz Na’aman kepada Datuk Dr Puad Zarkashi.

Faiz sebaliknya berkata, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak perlu membuang masa melayan cabaran Puad yang mengajaknya berdebat.

Mempersoalkan pendirian Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang sering menghentam Muhyiddin itu, Faiz berkata Puad bagaikan mempunyai dendam peribadi.

“Perdana Menteri tidak perlu buang masa untuk melayan makhluk seperti kamu ini berdebat kerana pemimpin negara kita itu sibuk dengan urusan rakyat yang lebih patut diberi perhatian.

“Jika kemaruk sangat nak berdebat biarlah dengan watak yang sama tahap,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Faiz mengulas kenyataan Puad yang mengajak Muhyiddin berdebat selepas Presiden Bersatu itu menghantar surat tuntutan yang memintanya mengemukakan permohonan maaf dan memberikan pampasan RM10 juta.

Puad sebelum ini mendakwa Muhyiddin dan pegawainya enggan menjalankan kuarantin ketika tiba ke tanah air daripada Indonesia.

Sementara itu, Faiz berkata bahawa Puad juga perlu tahu pihak mana yang bersungguh-sungguh berulang-alik ke rumah Muhyiddin bagi memujuk Bersatu agar membentuk kerajaan PN.

“Puad perlu tahu pihak mana yang bersungguh-sungguh berulang-alik ke rumah Muhyiddin bagi memujuk Parti Bersatu agar membentuk kerajaan PN.

“Tidak pula yang memujuk itu letak syarat mahu jawatan apa setelah kerajaan terbina kelak. Asalkan dapat tumbangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan menghalang proksi DAP naik jadi Perdana Menteri, itu matlamat asalnya.

“Sekarang beberapa pemimpin UMNO mendendangkan cerita kononnya kerajaan PN tidak adil terhadap parti mereka.

“Jujurlah, saya nak tanya, tidak adil kepada Umno atau tidak memenuhi hasrat peribadi yang mendakwa itu? Akar umbi Umno yang rasional pun mampu menilai keikhlasan watak-watak warlords mereka yang sering membalun kerajaan sendiri,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat