Kluster Baru Berkaitan Tahun Baru Cina Di Kesan Di Sandakan – Masidi Manjun

- Advertisement -

KOTA KINABALU – Satu kluster baharu COVID-19 dicatatkan di Sabah berkaitan majlis makan malam perayaan Tahun Baru Cina di Sandakan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Menteri Kewangan II Sabah, Datuk Masidi Manjun, berkata kluster baharu terbabit mencatatkan sebanyak 15 kes positif COVID-19.

“Hari ini, satu kluster baharu dilaporkan iaitu Kluster Mawar di daerah Sandakan, mencatatkan 15 kes positif COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 15 kes.

“Kes indeks dikesan hasil saringan bergejala di klinik swasta pada 22 Februari lalu dan saringan kontak rapat terhadap 14 orang yang terdiri daripada ahli keluarga kes indeks telah disahkan positif RTK Ag.

“Siasatan mendapati penularan jangkitan terjadi semasa menghadiri majlis makan malam sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina pada 12 Februari lalu di kediaman sendiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Masidi berkata, Sabah hari ini mencatatkan sebanyak 94 kes baharu dan ini menjadikan jumlah kumulatif 52,268 kes dengan satu kematian di daerah Sandakan.

Daripada 94 kes baharu yang dilaporkan, sebanyak 33 kes atau 35.1 peratus berpunca dari saringan kontak rapat dan lapan kes atau 8.5 peratus membabitkan saringan bergejala. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat