Umno amat terpesong, tukar kerajaan macam ganti ‘baju dalam’ – Rafidah Aziz

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tan Sri Rafidah Aziz mendakwa parti Umno sudah jauh terpesong daripada perjuangan dan matlamat penubuhannya.

Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu menegaskan, situasi terpesong itu terjadi apabila Malaysia bertukar tiga Perdana Menteri dalam tempoh masa yang singkat.

“Umno dah lama terpesong, tiga Perdana Menteri dalam sekian masa pendek, terpesonglah tu.Amat terpesong.

“Macam mana nak ada kestabilan politik apabila with focus view over the long term apabila kamu tukar kerajaan seperti kamu tukar baju dalam yang cepat kotor pulak tu.

“Umno sudah wujud berdekad jadi kita boleh reshape policy, kalau tak jalan.

“The statesman fikir untuk generasi akan datang, ahli politik fikir untuk pilihan raya akan datang,” katanya dalam podcast Keluar Sekejap pada Selasa.

Rafidah memaklumkan bahawa status beliau kini bukan lagi ahli Umno.

“Saya dah lama berhenti jadi ahli Umno, mereka tak semak dulu jadi mereka pecat saya, lantaklah. Berhenti ka pecat sama saja, saya berhenti.

“Kerana saya tengok melelong lain macam, no longer upholding what Umno was suppose to be those days kita biasa dengan Umno Tunku Abdul Rahman, Tun Razak,” tegasnya.

Ditanya adakah masih ada kasih sayang terhadap Umno, Rafidah menjelaskan kasih sayang beliau hanya kepada perjuangan parti bukannya pertubuhan.

“Saya tak kasih sayang pada pertubuhan, saya kasih sayang kepada perjuangan

“Kalau perjuangan itu betul kita kasih sayanglah, ini perjuangan dah melelong takkan lah saya nak masuk parit sama dengan dia,banganglah saya,” ujar Rafidah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat