Polis sahkan itu rangka Bella, pembunuh akan didakwa esok

- Advertisement -

BATU PAHAT – Polis mengesahkan rangka ditemui dalam rumah terbiar di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah, ialah Mila Sharmila Samsusah atau Bella.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah, berkata ujian asid deoksiribonukleik (DNA) rangka itu sepadan dengan sampel daripada ibu dan kakak kepada Bella.

Ismail berkata, polis sudah menghubungi keluarga mangsa untuk menuntut jenazah di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.

“Analisis DNA yang dihantar ke Jabatan Kimia pada 21 Januari lalu diterima polis hari ini,” katanya dalam kenyataan.

Ujian DNA dijalankan pada Sabtu lalu dengan polis mengambil sampel tisu daripada Norhisham, 36, dan ibunya Noraini Salleh, 55, bagi menentukan rangka ditemui dalam rumah terbiar ialah Bella.

Sejak hari pertama penemuan rangka itu, Norhisham yang lebih mesra dengan panggilan Ayu serta ahli keluarganya cuba menenangkan keadaan dengan mengharapkan ia bukan adik bongsunya.

Bella dilaporkan hilang pada malam 14 Disember lalu dan meninggalkan dua anak Eusof Abdul Fatah, 4, dan Maream Isabel, 2.

Tiga suspek sudah direman dengan seorang daripada mereka akan dituduh di Mahkamah Majistret Batu Pahat, esok. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat