Operasi lapangan terbang ditambah baik sempena Tahun Melawat Malaysia 2026

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) Perdana Menteri menggesa sektor pelancongan mempermudah dan mempercepatkan proses kelulusan dan menambah baik operasi khususnya di lapangan terbang.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pelancongan dan Kebudayaan (JKPK) hari ini yang dihadiri Menteri-menteri dan pegawai kanan jabatan serta agensi kerajaan yang terkait bertujuan menyelaras pembangunan industri pelancongan dan kebudayaan demi memajukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan dan kebudayaan pilihan utama dunia menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).

“Dengan merancakkan semula industri ini, sektor pelancongan turut berupaya menjana aktiviti-aktiviti ekonomi dan mewujudkan kesan limpahan kepada sektor-sektor ekonomi lain yang berkaitan.

“Ini termasuklah meningkatkan pendapatan rakyat terutamanya di kawasan luar bandar hatta kerajaan perlu cepat membangun produk dan infrastruktur pelancongan dengan kebersamaan pemain sektor swasta.

“Di samping itu, kepengerusian ASEAN oleh Malaysia pada tahun 2025 perlu dimanfaatkan sebagai pemangkin dalam mencapai sasaran VM2026,” ujar Anwar.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat