Sekat kapal Israel tak jejas hubungan Malaysia dengan negara luar lain – Mohamad

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Sekatan kerajaan ke atas syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM tidak menjejaskan hubungan Malaysia dengan negara luar yang lain.

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pendirian berkenaan bukan bermaksud Malaysia tidak menghargai hubungan dengan negara lain.

“Kita tidak melihat kepada terjejasnya hubungan kita dengan negara-negara lain, topik kita ialah tidak membenarkan kapal yang menggunakan bendera Israel berlabuh di Malaysia serta yang membawa barang ke Israel.

“Pendirian kita (adalah) tetap, kita tidak mengatakan tidak menghargai hubungan dengan negara lain, tetapi ketetapan pendirian Malaysia adalah berdasarkan keadaan di Gaza dan Timur Tengah ketika ini,” lapor Utusan di Putrajaya pada Jumaat.

Beliau diminta mengulas berhubung kedudukan hubungan Malaysia dengan negara lain terutamanya sekutu Israel selepas kerajaan memutuskan untuk menyekat dan tidak membenarkan syarikat perkapalan ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, susulan itu, Kementerian Pengangkutan akan mengambil tindakan segera dengan mengenakan larangan kekal terhadap syarikat itu berkuat kuasa serta-merta.

Terdahulu, Mohamad menghadiri sesi ‘clock in’ bersama timbalannya, Datuk Mohamad Alamin dan seterusnya menerima taklimat daripada kepimpinan tertinggi Wisma Putra mengenai fokus dan keutamaan Kementerian Luar Negeri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat