GLC, GLIC disaran sokong aspirasi negara jadi destinasi pelaburan, pacu pendapatan rakyat – Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Dalam usaha untuk memacu potensi ekonomi Malaysia, Perdana Menteri telah menggariskan bahawa Syarikat-syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Syarikat-syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) harus menggembleng tenaga untuk menyokong aspirasi negara sebagai destinasi pelaburan dan hab ekonomi Islamik bertaraf dunia, melonjakkan pelaburan di sektor digital dan tenaga boleh baharu, serta menggalak sektor PMKS melebarkan pasaran ke negara-negara serantau.

Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi mandat kepada GLIC untuk meningkatkan pelaburan langsung domestik masing-masing.

“Semalam saya telah mempengerusikan mesyuarat dengan Ketua-ketua Pegawai Eksekutif Syarikat-syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC).

“Perbincangan ini adalah mukadimah kepada reformasi GLIC dan Syarikat-syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) agar mereka lebih tertumpu kepada pembangunan serta kesejahteraan rakyat seperti yang digariskan dalam kerangka Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat.

“GLIC mempunyai tanggungjawab untuk bersama-sama dengan kerajaan dalam memacu pertumbuhan ekonomi dan pendapatan rakyat terbanyak,” katanya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, dengan jumlah saiz aset di bawah pengurusan bernilai RM1.84 trilion, yakni hampir sama dengan saiz keluaran dalam negeri kasar (KDNK) nominal Malaysia pada tahun ini, GLIC di Malaysia berupaya menggerak dan melonjak ekonomi Malaysia ke depan.

“Saya menerima baik cadangan-cadangan Ketua-ketua Pegawai Eksekutif GLIC untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat dan kemajuan ekonomi tempatan.

“Ini termasuklah menambah baik perbelanjaan daripada kutipan zakat korporat, menjalinkan usaha sama dengan sektor swasta bagi membangunkan penginapan pelajar-pelajar serta menggembleng lebih dana untuk pelaburan di syarikat-syarikat tidak tersenarai dalam sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS),” ujarnya.

Menurut beliau, bagi memastikan misi-misi ini tercapai, Kerajaan akan terus mengadakan mesyuarat berkala yang akan dipengerusikan oleh saya atau Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan untuk memantau pencapaian dan kemajuan inisiatif yang diterajui oleh GLICs.

“Insya-Allah, dengan pendekatan ini, Malaysia akan melangkah lebih cepat ke arah kemajuan yang mampan dan saksama,” kata Anwar.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat