YBR, 100 Sukarelawan Bantu Bersihkan Zoo Melaka

- Advertisement -

AYER KEROH – Seramai 100 orang sukarelawan telah membersihkan kawasan Zoo Melaka melalui Program Khidmat Bakti di bawah Program Community Heroes Yayasan Bank Rakyat (YBR).

Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani berkata program seperti ini dapat memberi peluang kepada golongan belia menambah ilmu dalam pembangunan dan kebajikan masyarakat.

“Penganjuran program seperti ini merupakan salah satu tanggungjawab sosial YBR melalui perkembangan kemahiran yang bertujuan untuk menggalakkan kebaikan atau meningkatkan kualiti hidup manusia dan alam sekitar.

“Program Community Heroes YBR ini adalah terbuka kepada setiap individu yang bersemangat untuk berkhidmat kepada masyarakat dengan berkongsi dan menyumbangkan pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan tenaga sukarelawan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya dengan kerjasama Persatuan Muafakat Anak Muda Tampin, program yang melibatkan sukarelawan yang terdiri daripada pelajar tajaan YBR serta pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) ini turut melibatkan pembersihan kandang dan pemberian makan kepada haiwan serta membaik pulih taman permainan.

Sementara Itu katanya, program ini juga diharapkan dapat membantu menyebarkan pengetahuan am mengenai tingkah laku haiwan, cara pengendalian haiwan dengan betul dan juga dapat belajar menghargai kehidupan liar yang kian terancam.

“YBR turut percaya usaha kelestarian ini dapat membantu mewujudkan ekosistem yang mampan untuk generasi akan datang, serta pada masa yang sama memupuk semangat sukarelawan dalam kalangan golongan muda.

“Sebagai salah satu lokasi zoo di Malaysia yang menjadi tumpuan orang ramai, Zoo Melaka menawarkan pengalaman yang menakjubkan kepada para pengunjung di mana ia menempatkan lebih 214 spesies haiwan unggas, mamalia, reptilia dan amfibia,” katanya.

Untuk rekod pada tahun ini, YBR telah dinobatkan “Foundation Odf The Years’ dalam kategori Perbankan di CSR Malaysia Awards 2022, dan ia merupakan anugerah kali kedua yang diterima yang sebelum ini dinobatkan pada tahun 2020.

author avatar
Jannah Jalidar
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat